Polis tahan 9 lelaki, rampas heroin dalam kebun sawit
Iklan
PENDANG - Polis menahan sembilan lelaki dan merampas 15.18 gram heroin bernilai RM450 dalam Op Sarang di kawasan kebun kelapa sawit Kampung Air Putih di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenda Arriz Sham Hamezah berkata, dadah itu dirampas daripada seorang lelaki berusia 21 tahun selepas gagal melarikan diri bersama lapan lelaki lain berumur 23 hingga 47 tahun dalam ‘port’ berkenaan.
Iklan
Iklan
"Daripada sembilan yang ditahan, lapan disiasat kerana menagih dadah, manakala seorang lagi disiasat kerana memiliki 15.8 gram dadah jenis heroin.
"Sebelum itu, suspek memiliki dadah itu yang juga seorang penganggur dan masih bujang bertindak melarikan diri ketika serbuan dan mencampakkan satu beg kecil disyaki mengandungi dadah sebelum ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, malam tadi.
Iklan
Menurutnya, pemeriksaan pada beg berkenaan menemukan lima peket lut sinar dan dua tiub straw yang berisi serbuk dan ketulan heroin selain alat penimbang dan empat peket plastik kosong.
"Ujian air kencing mendapati suspek yang berasal dari Pendang itu positif morfin. Semakan rekod lampau mendapati dia pernah diambil tindakan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.
Iklan
Dalam operasi sama, pihaknya yang berada berhampiran kawasan operasi turut menahan seorang pejalan kaki lelaki yang membawa satu beg plastik lut sinar mengandungi dua botol air ketum berhampiran rumahnya.
"Lelaki berumur 28 tahun itu turut kami tahan untuk siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana memiliki air ketum dan semakan mendapati suspek juga memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan dadah," katanya.
Menurutnya, operasi yang bermula jam 3 petang hingga 7 malam itu dilakukan berdasarkan maklumat awam dan risikan berhubung kegiatan penagihan dan pengedaran dadah di sekitar kawasan berkenaan sejak bulan lalu.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam