Cikgu 'kelate' juara dunia memanah barebow

Iklan
Nor Hisyam Ismail, 34, muncul jaguh dunia kategori barebow dalam Kejohanan Thailand Princess Cup Archery Tournament 13th 2019 di Bangkok, Thailand yang berlangsung 28 Jun dan berakhir kelmarin.

TUMPAT - Biar pun berstatus pemanah kelab namun kemahiran istimewa teknik memanah barebow yang dimiliki guru ini, julang nama Kelantan di peringkat dunia.

Nor Hisyam Ismail, 34, muncul jaguh dunia kategori barebow dalam Kejohanan Thailand Princess Cup Archery Tournament 13th 2019 di Bangkok, Thailand yang berlangsung 28 Jun dan berakhir kelmarin.

Iklan
Iklan

Kemenangan itu sekaligus menamatkan kemarau 13 tahun penantian piala Thailand Princess kategori Barebow selepas menewaskan pemanah dari Indonesia.

Paling mengujakan guru sains dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kiambang, Pasir Mas, ini adalah kejuaraannya kali pertama peringkat dunia.

Iklan

"Cukup bangga dapat bawa nama Malaysia ke peringkat dunia meskipun masuk kejohanan memanah terbuka itu hanya mewakili negeri Kelantan kerana kami berstatus kelab.

"Masih baharu bagi saya dalam dunia sukan memanah, berkecimpung sekadar hobi bermula pada tahun 2012 ketika mengajar di Sabah.

Iklan

"Saya hanya pemanah dari kelab Memanah Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian (KEMMAS) 5 Arrows tetapi atas suntikan semangat daripada legenda memanah Kelantan, Azizi Che Hamid dan Presiden KEMMAS 5 Arrows, Wan Mohd hazrim Wan Hassan, saya cuba nasib di peringkat dunia," katanya ditemui di LMA Archery Pantai Sri Tujoh di sini.

Nor Hisyam memegang piala Thailand Princess apabila juara Kategori barebow di Kejohanan Thailand Princess Cup Archery 13th 2019 di Bangkok Thailand

Kejohanan Thailand Princess Cup Archery Tournament 13th di Bangkok, Thailand melibatkan penyertaan 500 pemanah dari 10 negara.

Antaranya pemanah dari Indonesia, Singapura; Brunei; Filipina; Taiwan; India dan Hong Kong.

Sementara itu, Azizi yang juga Pengerusi Pertubuhan Pemanah Tradisional Kelantan berkata, penyertaan dari Kelantan melibatkan 22 pemanah.

"Ada empat kategori dipertandingkan iaitu kategori recurve, compound, barebow dan kelainan upaya.

"Pemanah Kelantan menyertai semua kategori kecuali kategori kelainan upaya.

"Daripada 22 pemanah itu, tiganya pemanah cilik, lima pemanah compound dan selebihnya kategori lain," katanya.

Menurutnya, penyertaan dalam kejohanan Thailand Princess Cup Archery Tournament 13th di Bangkok, Thailand banyak menggunakan perbelanjaan sendiri selain tajaan daripada Syarikat Malindo MBCC Asia dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat.

"Kami sedang mengintai kejohanan memanah di Macau yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Jika ada sokongan mana-mana pihak, kami akan sertai peringkat dunia sekali lagi," katanya.