Armada Kedah sokong Syed Saddiq

Iklan
Nasir Azizan

ALOR SETAR - Armada Kedah berdiri teguh di belakang ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy meletakkan jawatan.

Timbalan Ketua Armada Kedah, Nasir Azizan berkata, adalah wajar bagi seorang menteri Kabinet untuk menegur sebarang salah laku mana-mana pemimpin kerajaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Ia adalah satu penanda aras baru bagi Malaysia baharu yang memerlukan ‘check and balance’ dalam semua perkara.

"Beliau hanya menyampaikan sepucuk memo yang berbentuk cadangan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama alasan-alasan munasabah bagi menguatkan cadangan tersebut dan disertakan dengan fakta dan data keresahan rakyat.

Iklan

"Adakah ini satu perkara yang silap dan salah? Adakah kita masih mahu bersikap berdiam diri sekiranya melihat sebarang tindakan ataupun perkataan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu lebih lagi di peringkat menteri jelas menggugat kaharmonian dan keamanan negara," katanya dalam satu kenyataan.

Nasir berkata, sebagai seorang menteri yang prihatin kepada sebarang senario berlaku di negara ini telah membuktikan Syed Saddiq seorang yang cintakan keamanan dan keharmonian.

Iklan

Menurutnya, Armada Kedah turut memohon Dr Mahathir memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada cadangan yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan itu kerana ia juga adalah kehendak rakyat.

"Tindakan dari pihak-pihak tertentu yang mengecam Syed Saddiq amat dikesali. Malah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy seharusnya berfikiran terbuka dan rasional dalam memberi sebarang kenyataan dan sewajarnya meletakkan diri di dalam zon neutral tanpa memihak kepada mana-mana pihak dan menghormati sebarang keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri,"katanya.

Nasir berkata, komen peribadi Ramasamy hanya akan menambahkan lagi keresahan rakyat kerana semua pihak tidak boleh bias dalam memberi sebarang pandangan mahupun keputusan.