Bantuan RM100 untuk pelajar Januari ini

Iklan
Lim Guan Eng

PUTRAJAYA - Kerajaan memberi bantuan awal persekolahan sejumlah RM100 kepada setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dalam kalangan isi rumah berpendapatan bawah RM3,000.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini berkata, pemberian bantuan ini adalah bagi meringankan beban perbelanjaan pada awal tahun yang perlu ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Iklan
Iklan

"Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan khas sebanyak RM328 juta yang akan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk diagih ke sekolah-sekolah mulai Januari 2019," katanya lagi.

Tambah Guan Eng, kerajaan komited untuk menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti untuk semua pelajar tanpa mengira latar belakang termasuklah dari segi barang keperluan dan kelengkapan persekolahan.- Bernama

Iklan
Iklan