KPDNHEP bongkar sindiket pindah gas LPG secara haram

Iklan
Anggota penguatkuasa KPDNHEP melakukan pemeriksaan pada tong gas LPG yang dirampas.

NIBONG TEBAL - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang menyerbu sebuah premis yang menjalankan aktiviti pemindahan gas petroleum cecair (LPG) secara haram di Kampung Duri, Sungai Bakap di sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira jam 7 pagi itu sebanyak 58 unit tong LPG berkapasiti 50kg dirampas selain 203 tong LPG 14kg yang turut digunakan dalam pemindahan gas itu.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Daerah Seberang Perai Tengah, Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata, beberapa pekerja yang melakukan kegiatan pemindahan gas secara haram itu sempat melarikan diri selepas menyedari premis berkenaan diserbu penguat kuasa.

"Kita dapati proses pemindahan gas LPG kepada tong industri masih baharu bermula berikutan penemuan longgokan ais yang terdapat di atas tong-tong gas LPG berkapasiti 50 kg.

Aktiviti pemindahan gas LPG dipercayai baharu dilakukan berikutan pememuan ketulan ais yang diletakan diatas tong gas LGP.

Iklan

"Sindiket ini menjalankan aktiviti pemindahan gas LPG secara tidak sah daripada tong domestik 14 KG ke dalam tong industri 50 KG," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak 148 tong gas kosong dan 20 unit hos saluran getah dan sebuah lori yang berada di dalam premis terbabit turut dirampas dalam serbuan yang dilakukan hasil risikan dilakukan sejak minggu lalu.

Iklan

"Kesemua barangan dan tong gas yang dirampas dianggarkan bernilai RM31,450 dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan pemilik premis. Kes akan disiasat di bawah Peraturan 21 Kawalan Bekalan 1974.

"KPDNHEP memandang serius terhadap aktiviti penyelewengan gas LPG ini dan akan terus mempergiatkan usaha bagi membanteras penyelewengan yang melibatkan barangan kawalan subsidi terutamanya LPG, petrol dan diesel," katanya.

Ahmad Ahrazzuddin berkata, serbuan dilakukan

meminta kepada masyarakat untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui aktiviti yang mencurigakan termasuk penyelewengan barangan kawalan yang bersubsidi agar ia dapat dibanteras dan seterusnya dapat memastikan barangan tersebut sampai kepada golongan sasar.