LANGKAWI - Kerajaan disaran melihat semula undang-undang berkaitan kanak-kanak kurang upaya (OKU) supaya tindakan dapat diambil ke atas keluarga yang cuba ‘menyembunyikan’ golongan itu daripada masyarakat umum.
Ketika membuat saranan itu, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Juhari Bulat berkata, ada keluarga berbuat demikian kerana rasa malu mempunyai anak istimewa.