Itu bukan tandatangan saya, kata Suboh

Iklan

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengarah bukan eksekutif SRC International Sdn Bhd, Datuk Suboh Md Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tandatangan pada dokumen SRC yang dikatakan ditandatanganinya adalah berbeza daripada tandatangannya sendiri.

Saksi ke-42 pihak pendakwaan itu memberitahu demikian apabila melihat sampel tandatangan, yang ditayangkan pada skrin menggunakan mesin projektor di mahkamah semasa pemeriksaan balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Iklan
Iklan

Beliau memberi keterangan pada hari ke-31 perbicaraan Najib yang menghadapi pertuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

ARTIKEL BERKAITAN:'Nik Faisal mungkin telah palsukan tandatangan saya'

Suboh, 68, juga bersetuju bahawa sampel tandatangan itu tidak serupa dengan tandatangan pada dokumen yang termasuk arahan kepada AmIslamic Bank untuk memindahkan wang antara SRC International, Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Iklan

Muhammad Shafee: Perhatikan salinan kertas dan tandatangan anda (pada sampel) yang kami"superimpose”? Suboh menjawab"Ia berbeza." Muhammad Shafee: Ia sama sekali berbeza, anda setuju?

Suboh: Betul.

Iklan

Muhammad Shafee: Sekarang anda bersetuju dengan saya bahawa seseorang telah menandatangan pada salinan kertas anda?

Saksi itu menjawab"Ya."

Muhammad Shafee: Saya mahu membuat beberapa kesimpulan. Semua salinan yang diimbas, kebanyakannya, mengandungi tandatangan anda. Tetapi terdapat (salinan tandatangan anda) yang diimbas. Ada orang telah mencuri tandatangan anda, potong dan tampalnya pada dokumen, dan menghantarnya ke bank. Dokumen itu mengandungi tandatangan anda tetapi anda tidak menandatangani dokumen tersebut. 17 kali. Anda tidak boleh menandatangannya dengan serupa, anda setuju?

Suboh: Ya.

Muhammad Shafee: Anda tidak menandatangani salinan yang diimbas? Suboh menjawab"Ya." Muhammad Shafee: Ini bermakna (anda) tidak menandatangani mana-mana borang Rentas yang menjadi bukti dalam kes ini. Anda tidak menandatangani satupun borang itu?

Suboh menjawab"Ya.”

Muhammad Shafee: Siapakah yang meminta anda mengaku salinan kertas itu mengandungi tandatangan anda? Siapakah yang menyuruh anda? Berhati-hati dengan jawapan anda. Anda sekarang berada di mahkamah. Sekali lagi saya bertanya. Siapakah yang menyuruh anda? Mengapa anda mengaku?

Suboh menjawab"Ya."

Suboh: Saya tidak pernah menghadapi situasi sedemikian.

Muhammad Shafee: Adakah anda pasti?

Suboh menjawab"Ya."

Muhammad Shafee kemudian bertanya kepada Suboh sama ada beliau memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa tandatangan itu tidak tulen.

Suboh berkata beliau tidak mengingatinya dan Muhammad Shafee mengingatkan Suboh supaya berhati-hati dalam memberikan jawapan dan cuba mengingatinya.

Saksi mengulangi jawapannya dengan menyatakan"saya tidak ingat.”

Muhammad Shafee kemudian memohon kepada mahkamah untuk merujuk Suboh kepada kenyataan yang dibuatnya kepada SPRM pada 2018.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan itu.

"Disebabkan permohonan saksi untuk membantunya untuk mengingati peristiwa itu dengan memberikan kenyataannya kepada SPRM, mengikut seksyen 159 (Akta Keterangan 1950) mengenai laporan kenyataan yang dibuat oleh saksi kepada pegawai, Saya membenarkan permohonan itu,” hakim memutuskan.

Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amana, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd fberjumlah RM42 juta.

Perbicaraan bersambung. - Bernama