PPIM sebar mesej #StopPembaziran

Iklan
Nadzim Johan

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pengguna di negara ini supaya menjadi lebih bertanggungjawab dan bijak melalui kempen kesedaran #StopPembaziran.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan termasuklah masalah kos sara hidup yang begitu tinggi di Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun menurutnya, terdapat beberapa kaedah yang boleh diambil oleh pengguna dalam mengatasi masalah kos sara hidup ini melalui penjimatan perbelanjaan.

"Mengikut kajian kita dalam 20 hingga 30 peratus perbelanjaan boleh dikurangkan sekiranya pengguna menjadi lebih bijak. Macam kurangkan penggunaan elektrik, air dan minyak kereta.

Iklan

"Kita nak bawa kesedaran ini supaya dapat dihayati. Memang kita terima banyak aduan mengenai kos sara hidup dan kita setuju kos ini merupakan masalah yang besar di Kuala Lumpur, tetapi kita lihat juga terdapat kelemahan di pihak pengguna," katanya ketika ditemui sempena Majlis Jamuan Mesra Raya Meraikan Warga Istimewa dan Rakan Media PPIM, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Presiden Usahawan Wanita dan Kemanusiaan (WeHuman), Irene Catalina.

Iklan

Nadzim berkata, perlu dicari kaedah bagi meningkatkan kesedaran pengguna untuk lebih bijak berjimat dan produktif dalam melakukan penjimatan.

"Serai, halia, daun pandan boleh tanam. Benda-benda seperti ini kita tak sedar. Kita rasa sebagai pengguna dalam kebanyakan aspek kita dipergunakan. Kita nak atasi supaya kita jadi pengguna yang bijak bukan dipergunakan," katanya.