Cadangan tiga jawatan utama Bersatu tak dipertandingkan: Mukhriz

Iklan
Mukhriz Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata ada pimpinan bahagian mencadangkan tiga jawatan utama parti itu agar tidak dipertandingkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 20 Julai nanti.

Tiga jawatan itu ialah Pengerusi yang disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, presiden yang dipegang Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalan presiden yang disandang oleh Mukhriz sendiri.

Iklan
Iklan

"Ini kerana terdapat suara akar umbi yang mahu jawatan Pengerusi mengekalkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Mereka masih mahukan jawatan itu dikekalkan kepada penyandangnya," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Iklan

Mukhriz juga akan mempertahankan jawatannya dalam parti pada pemilihan 20 Julai nanti.

Dalam pada itu, Mukhriz turut memaklumkan Pengerusi Bersatu,Dr Mahathir akan mempertahankan jawatannya.

Iklan

"Sehingga kini belum ada tanda sesiapa yang berhasrat mencabar Dr Mahathir bagi jawatan itu," katanya.

Menteri Besar Kedah itu turut memaklumkan buat masa ini Bersatu masih mengamalkan format satu ahli, satu undi untuk pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian.