Pelajar dakwa dipaksa minum minuman bercampur arak

Iklan
Video pengakuan pelajar terbabit yang tular di laman sosial sejak malam tadi.

KUANTAN - Pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di sini mendakwa dipaksa minum minuman berkarbonat bercampur arak sebelum ditemui tidak sedarkan diri berhampiran sekolahnya dengan mulut berbuih, semalam.

Pelajar berusia 14 tahun itu membuat pengakuan melalui rakaman video berdurasi 1 minit 26 saat dipercayai ketika menerima rawatan di sebuah hospital di sini.

Iklan
Iklan

Video dalam bahasa Tamil itu menjadi tular di laman sosial sejak malam tadi.

Melalui rakaman itu, pelajar terbabit mendakwa dia tidak tahu minuman yang diberikan rakannya telah dicampur dengan minuman keras.

Iklan

"Kawan-kawan yang belikan minuman keras dan minuman ringan itu. Saya tak tahu mereka campurkan dan minta saya minum.

"Saya ingat air biasa saja, tapi lepas dua kali minum tiba-tiba rasa lain dan mula pening.

Iklan

"Lepas tu saya rasa gelap mata... sedar-sedar saya berada di hospital. Ketika itu baru saya tahu minuman yang saya minum bercampur arak," katanya.

Melalui video tersebut, pelajar terbabit menafikan khabar angin yang mengatakan dia meninggal dunia akibat kejadian itu.

"Tolong hentikan khabar angin itu.Saya ok dan berada hospital. Saya merayu kepada semua.Tolong jangan viral isu ini kerana ia mengganggu emosi saya dan keluarga," rayunya.

Semalam, tular di media maya seorang remaja ditemui dalam keadaan mabuk dengan mulut berbuih di kawasan sekolah.

Sinar Harian sedang mendapatkan Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan yang mengesahkan penemuan remaja itu dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri.