Noda sepupu kerana jadi pelajar cemerlang

Iklan
Gambar hiasan

NEW DELHI - Gara-gara cemburu kerana sering menjadi pelajar terbaik, lima lelaki termasuk seorang guru di India tergamak memperkosa sepupu mereka sendiri.

Ketika kejadian itu, keempat-empat lelaki yang merupakan sepupu remaja perempuan berusia 16 tahun itu mengajak mangsa makan tengah hari ketika waktu rehat di kawasan Maholi Thana di Sitapur, Uttar Pradesh.

Iklan
Iklan

Makanan tersebut dipercayai telah dicampurkan dengan sedatif yang menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri sebelum dia dinoda secara bergilir-gilir di dalam bilik staf.

News18 melaporkan, mereka turut merakamkan adegan tidak senonoh itu menerusi telefon bimbit dan menyebarkannya kepada keluarga menerusi aplikasi perkhidmatan Whatsapp pada Jumaat lalu.

Iklan

Ibu bapa mangsa kemudiannya membuat laporan terhadap kesemua suspek dan seorang daripada mereka telah ditangkap.

Jurucakap polis, Madhuvan Kumar Singh berkata, kesemua tertuduh adalah senior di sekolah yang sama dengan mangsa.

Iklan

"Siasatan awal mendapati kesemua mereka cemburu kerana mangsa cemerlang dalam akademik. Apabila dia mendapat tempat pertama di dalam kelas, mereka berasa malu kerana sering dipandang rendah oleh keluarga masing-masing," jelasnya. - Agensi