Putera UAE meninggal dunia di usia 39 tahun

Iklan

PUTERA bongsu pemerintah Sharjah, Sheikh Khalid bin Sultan Al Qasimi dilaporkan meninggal dunia di London, kelmarin, menurut Pejabat Media Sharjah.

Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed bin Sultan Al Nahyan telah mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari apabila jenazah Khalid yang meninggal dunia di usia 39 tahun dihantar pulang.

Iklan
Iklan

Menurut Kemeterian Hal Ehwal Presiden, bendera akan dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh berkabung itu.

Pemerintah Sharjah, Sheikh Sultan bin Muhammad Al Qasimi juga mengumumkan pemergian anakandanya melalui satu kenyataan yang di muat naik di Instagram.

Iklan

"Sheikh Khalid bin Sultan Al Qasimi berada dalam jagaan Tuhan,” katanya.

Khalid merupakan seorang pereka fesyen di United Kingdom dan pemilik bersama jenama Qasimi Homme, di mana koleksinya membuat penampilan sulung pada 2008.

Iklan

Reka bentuk pakaiannya pernah dipamerkan di Minggu Fesyen London dan Paris.

Beliau pernah belajar di Sekolah Tonbridge di Kent, England sebelum mempelajari bahasa Sepanyol dan Perancis di University College London.

Khalid mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang seni bina di Association School of Architecture.