Terjun jambatan gara-gara TikTok

Iklan
Kerajaan India sebelum ini pernah meminta Apple dan Google untuk menyekat aplikasi TikTok.

LUCKNOW - Seorang remaja lelaki hilang manakala rakannya berjaya diselamatkan orang ramai selepas terjun dari sebuah jambatan dalam kejadian di negeri Uttar Pradesh, India, kata polis semalam.

Polis berkata, perbuatan kedua-dua remaja berusia 19 tahun itu turut dirakam, dipercayai untuk dimuatnaik di aplikasi TikTok.

Iklan
Iklan

Kejadian itu berlaku di daerah Deoria di bandar Gorakhpur kelmarin.

Mangsa yang terselamat dikenali sebagai Danish, manakala mangsa yang hilang dikenalpasti sebagai Ashique.

Iklan

Polis berkata, operasi mencari mangsa sedang giat dijalankan dan turut melibatkan pasukan penyelam bomba.

Kerajaan India pada April lalu dilaporkan meminta Apple dan Google untuk menyekat TikTok selepas mahkamah tinggi di Madras mengeluarkan amaran yang ia boleh mendedahkan kanak-kanak kepada pedofilia, kandungan lucah dan buli siber. - Agensi

Iklan