ANDA yang memiliki celah paha yang kurang menarik pasti bingung dan rasa kurang berkeyakinan, lebih-lebih lagi buat mereka yang bakal berkahwin.
Buat yang sudah mendirikan rumah tangga pula, jangan pandang rendah berkenaan perkara 'isu' itu.
Walaupun suami tidak kisah dan peduli berkenaan paha anda, ia tidak bermakna anda harus selesa dengan keadaan tersebut.
Belum terlambat untuk anda memutihkan kembali celah paha yang berubah warnanya. Di sini Femina kongsikan tiga petua yang boleh anda praktikkan:
1) Ubat gigi
Picit sedikit ubat gigi dan sapu pada celah paha anda. Biarkan ia kering dan tunggu selama 10 minit dan bilas. Pun begitu, jika rasa sakit ataupun kulit bertukar merah sila tukar guna bahan-bahan semula jadi lain.
2) Limau nipis dan kapur sirih
Campurkan perahan limau nipis dengan sedikit kapur hingga menjadi pes. Kemudian sapu pada celah paha dan gosok perlahan-lahan selama 15 minit dan bilas. Lakukan tiga kali seminggu hingga kesan hitam hilang dan anda berpuas hati.
3) Lemon dan timun
Anda boleh menggunakan sama ada limau nipis atau lemon. Caranya mudah, lalukan kulit lemon atau limau dan timun pada celah paha selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih. Langkah ini bukan sahaja memutihkan kulit bahkan dapat mengatasi masalah lebihan minyak pada paha.
#Selamat mencuba!