Status Haziq diketahui hari ini

Iklan
Anwar Ibrahim - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Biro Politik PKR akan dimaklumkan berkaitan status Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz oleh jawatankuasa disiplin parti itu hari ini, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, keputusan itu akan dimaklumkan dalam mesyuarat biro politik yang dijadualkan berlangsung petang ini.

Iklan
Iklan

"Jawatankuasa disiplin akan maklumkan kepada kami...semestinya, (hari ini), penjelasan diberikan kepada jawatankuasa disiplin, bukan kepada saya, (akan dimaklumkan) dalam mesyuarat mingguan biro politik," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Haziq sebelum ini mendakwa mempunyai hubungan dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diberikan notis 14 hari menjelaskan kenyataannya itu kepada jawatankuasa disiplin parti pada 19 Jun.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:

'Haziq boleh dihukum sebat'

Iklan

Saman Haziq: Keputusan terletak kepada Azmin, kata Anwar

Siasatan video dikaitkan dengan menteri masih berjalan: Abdul Hamid