SANDAKAN - Kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Kerja Raya diminta menyelesaikan pelaksanaan projek Jalan Lintas Libaran di sini, yang menghubungkan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dari persimpangan Batu 32 Sandakan ke bulatan Gum-Gum sepanjang 22.5 kilometer.
Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata hanya satu daripada empat segmen dalam projek itu menerusi Pakej 27A Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah telah siap.