KUALA LUMPUR - Ibu bapa perlu memantau dan mengawal penggunaan telefon pintar anak-anak bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan unsur negatif termasuk bahan lucah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Merujuk kepada kes murid berusia 12 tahun direman semalam, setelah disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang diasuh ibunya di Batu Gajah, Perak, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata kebanyakan kes kerosakan akhlak berpunca daripada pengaruh Internet."Yang dikatakan pelaku itu adalah kanak-kanak di bawah umur. Pengaruh kebanyakan kes adalah Internet, tengok ‘soft porn’.