SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor berhubung keresahan ibu bapa murid-murid tahun enam khususnya yang terjejas ekoran penutupan sekolah akibat pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor.
Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, beliau maklum akan kebimbangan ibu bapa kerana anak-anak yang terlibat bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam tempoh dua bulan lagi.
"Kita akan bincang dengan JPN Johor, malah sudah beri mereka kuasa untuk tangani isu ini termasuk perlu memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) murid-murid tidak terjejas.
"Saya rasa JPN Johor juga sudah mengeluarkan kenyataan berkaitan PDP ini," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Pemakanan Sihat bersama Numee 2019 di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, di sini hari ini.

Nie Ching (empat, kanan) bersama Pengerusi Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Datuk Mohammad Zainal Shaari (lima, kanan) serta murid-murid SK Bukit Jelutong mencuba produk NuMee yang dimasak ketika program Pemakanan Sihat Bersama Numee 2019 hari ini.