Indeks jenayah Bukit Jalil menurun

Iklan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim menanam dan menyiram pokok di perkarangan Balai Polis Bukit Jalil selepas majlis perasmian balai berkenaan hari ini.

BUKIT JALIL - Indeks jenayah di kawasan Bukit Jalil menurun sebanyak 16.26 peratus bermula Januari hingga 30 Jun lepas berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, statistik sama juga menunjukkan jenayah harta benda menurun sebanyak 18.63 peratus manakala jenayah kekerasan menurun sebanyak 4.76 peratus.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penurunan kadar jenayah ini adalah hasil usaha keras pegawai dan anggota Balai Polis Bukit Jalil yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas.

"Seiring dengan slogan 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada', penduduk setempat, agensi-agensi lain termasui NGO (badan bukan kerajaan) dan lain-lain komuniti perlu bermuafakat serta sentiasa bekerjasama dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan persekitaran kita terus terjamin.

Iklan

"Jika semua memainkan peranan masing-masing, Insya-ALLAH saya yakin jenayah di Kuala Lumpur dapat ditangani dengan berkesan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Balai Polis Bukit Jalil hari ini. Hadir sama Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Roslan Bek dan Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon.

Iklan

Mazlan menambah, Balai Polis Bukit Jalil yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras akan terus berusaha keras bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kawasan Bukt Jalil yang mempunyai beberapa kawasan penting dan menjadi tumpuan seperti Stadium Bukit Jalil dan Taman Rekreasi Bukit Jalil.