Nelayan Vietnam curi hasil laut negara ditangkap

Iklan
Pemeriksaan polis dilakukan di salah sebuah bot yang ditahan dalam Ops Gelora Khas, di sekitar perairan Pantai Timur, Jun lalu.

KUALA LUMPUR - Seramai 75 nelayan warga asing ditahan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Ops Gelora Khas yang diadakan pada 18 hingga 30 Jun lalu.

Operasi 13 hari itu diadakan di kawasan perairan Kelantan, Pahang dan Terengganu dengan rampasan termasuk membabitkan lapan buah bot nelayan asing dan sebuah bot nelayan tempatan dianggarkan berjumlah RM5.7 juta.

Iklan
Iklan

Pengarah KDNKA, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, operasi ini dilakukan bagi membanteras kegiatan nelayan asing terutamanya warga Vietnam yang menangkap ikan tanpa kebenaran di perairan Pantai Timur.

Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Gelora Khas sejak 18 Jun hingga 30 Jun lalu di sekitar perairan Pantai Timur.

"Sepanjang operasi ini, sebanyak lapan bot nelayan asing warga Vietnam dan sebuah bot yang didaftarkan atas lesen nelayan tempatan berjaya dikesan.

Iklan

"Susulan itu, kita telah bertindak menahan seramai 75 warga Vietnam," katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini hari ini.

Malah difahamkan, semasa serbuan da nelayan yang bertindak membakar bot yang ditahan untuk menghapuskan bukti.

Iklan

Acryl Sani berkata, kesemua tahanan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan selanjutnya.

Sebuah bot nelayan yang dibakar oleh nelayan warga asing dipercayai bagi menghapuskan bukti.

Tambahnya, operasi ini dilakukan bersepadu dengan Pasukan Polis Marin (PPM), Unit Gempur Marin (UNGGERIN), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara dan 69 Komando.

"Operasi ini susulan Ops Naga yang dijalankan bersama pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), PPM dan Jabatan Perikanan," katanya.