Rakyat Brunei simpati nasib penoreh getah

Iklan
Najmi (hadapan) bersama wakil Geng Talaqi menyampaikan sumbangan hasil bantuan orang ramai kepada murid sekolah.

BALING - Kejatuhan harga getah turut mendapat simpati rakyat Brunei untuk memberikan sumbangan kepada golongan penoreh di negara ini.

Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia, Johari Ismail berkata, rakyat negara itu terpanggil untuk meringan bebanan hidup penoreh sejak beberapa tahun lalu hingga kini.

Iklan
Iklan

"Sehingga kini melalui Muslim Care ada beberapa rakyat Brunei ingin membantu, Alhamdulillah. Setiap kali kita menguar-uarkan program bantuan di media sosial, mereka pasti beri sumbangan. Tak terkecuali rakyat Malaysia sendiri," katanya kepada Sinar Harian, di sini hari ini.

Terdahulu, Muslim Care dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PPKR) Dun Kupang, PPKR serta Geng Talaqi menyampaikan sumbangan makanan dan kelengkapan sekolah kepada 200 penduduk di PPKR, Kupang.

Iklan

Turut hadir Adun Kupang, Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad.

Beliau berkata, penyumbang sedia maklum akan kesempitan dihadapi penoreh terutamanya pendapatan menoreh yang terhad.

Iklan