Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-254 bermula

Iklan
Turut berangkat ke mesyuarat itu Raja-raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri-negeri.FOTO IHSAN FB SELANGOR ROYAL OFFICE

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-254 di Istana Negara, hari ini.

Terdahulu, baginda berkenan memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dibarisi tiga pegawai dan 103 tentera terdiri daripada pelbagai pangkat dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.