Samun: Menyamar nak beli air

Iklan
Mangsa disamun di rumah kedainya di kilang kelapa sawit Jeram Padang. - Gambar kecil: Muhd Nurhishamuddin

JEMPOL- Seorang peniaga mengalami kerugian lebih kurang RM10,500 selepas rumah kedainya di kilang kelapa sawit Jeram Padang disamun dua lelaki tidak dikenali kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nurhishamuddin Hashim berkata, kejadian berlaku lebih kurang 11 pagi melibatkan mangsa wanita berusia 48 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek berusia lingkungan 20 an datang ke kedai runcit mangsa dengan alasan ingin membeli air melalui pagar, bagaimanapun ketika menghulurkan air, suspek terus membuka pagar dan masuk ke dalam kedainya.

"Salah seorang daripada suspek menutup mulut dan menghalakan pisau ke leher mangsa, seorang lagi suspek menyelongkar di dalam kedai.

Iklan

"Mangsa menjerit namun ditumbuk berulang kali oleh suspek sebelum berjaya melarikan barang berharga milik mangsa," katanya ketika mengesahkan laporan hari ini.

Muhd Nurhishamuddin berkata, antara barangan yang dilarikan suspek ialah barangan kemas dan wang tunai RM400 serta kad mesin pengeluaran automatik bank yang diletakkan di dalam bilik dan telefon bimbit dengan nilai keseluruhan lebih kurang RM10,500.

Iklan

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka, luka di belakang badan, patah ibu jari kaki dan sakit di keseluruhan badan.

"Bagaimanapun kedai mangsa tidak dilengkapi kamera litar tertutup dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.