Harap Ija pulang ke pangkuan keluarga

Iklan
Nur Syafiza

TANJONG KARANG -"Saya tak berhenti berdoa dan mengharapkan keajaiban adik tersayang pulang ke pangkuan keluarga," kata kakak kepada Siti Nur Syafiza Rahman, 18, gadis yang menghilangkan diri dari asrama sebuah sekolah menengah di Pekan Kuala Selangor, awal September tahun lalu.

Difahamkan, ketika kehilangan itu, Nur Syafiza menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Iklan
Iklan

Kakaknya, Siti Nur Syaikhah, 22, berkata, pelbagai ikhtiar dilakukan termasuk berusaha mengesan Nur Syafiza atau lebih mesra disapa 'Ija' di kawasan sekitar Klang, Kuala Selangor dan Shah Alam.

"Selain itu, kami turut menghebahkan kehilangan Ija melalui laman sosial Facebook," katanya

Iklan

Nur Syaikhah memberitahu, dia tidak pernah berputus asa mencari dan mengesan Nur Syafiza yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu.

"Saya tak dapat duduk diam kerana apabila dihubungi individu yang memberi maklumat berkaitan Ija, saya dan ahli keluarga lain keluar mencarinya tanpa mengira jauh atau dekat.

Iklan

"Namun, sehingga kini semua maklumat diberikan kurang tepat dan Ija gagal ditemui," katanya.

Katanya, Nur Syafiza tidak pernah bercerita masalah dialaminya pada keluarga atau rakan sekolah sebelum menghilangkan diri.

"Saya dihantui perasaan bersalah dan kesal sebab Ija tiba-tiba menghilangkan diri,” katanya.

Nur Syaikhah yang menetap di Sungai Sireh di sini berkata, mereka sekeluarga buntu memikirkan tentang keselamatan gadis berkenaan.

"Selepas kematian ayah pada 2011 dan mak pada 2012, tanggungjawab menjaga adik-beradik tergalas di bahu saya.

"Namun, kehilangan Ija memberi tamparan hebat pada saya dan saya seolah gagal menjaga dan mengambil berat keselamatannya," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nur Syafiza diminta menghubungi Nur Syaikhah di talian 019-9127174 atau 012-2654580.