KUALA LUMPUR - Setem yang pertama kali bertemakan Adiwira Marvel oleh Pos Malaysia Berhad dijangka menarik minat pengumpul setem terutamanya dalam kalangan generasi muda di Malaysia.
Naib Presiden Kanan (Pemasaran) Pos Malaysia, Schrene Goh berkata, generasi muda hari ini lebih suka berhubung melalui media sosial dan bukannya menulis surat dan mereka tidak melihat keperluan untuk membeli setem.
"Oleh itu, adalah harapan kami dengan pengenalan setem ini (setem siri Marvel) akan menarik generasi muda untuk mengumpul setem dan meremajakan minat mengumpul setem," katanya pada majlis pelancaran setem itu di sini, hari ini.

Setem yang pertama kali bertemakan Adiwira Marvel oleh Pos Malaysia Berhad dijangka menarik minat pengumpul setem- Foto Bernama