Guru diajar baca kualiti udara

Iklan
Mohd Khuzzan Abu Bakar

PASIR GUDANG - Pihak berwajib akan ke setiap sekolah khususnya yang terjejas dengan insiden gangguan kesihatan untuk mengajar guru membaca kualiti udara.

Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, langkah tersebut akan dibuat oleh pihak berwajib bermula esok.

Iklan
Iklan

"Bermula esok pihak yang berwajib akan ke sekolah dan kita juga akan mengajar guru-guru bagaimana untuk membaca kualiti udara di setiap sekolah.

"Kita akan ajar. Jadi cikgu akan sentiasa waspada. Kalau ada apa-apa berlaku, mereka boleh bersedia dengan apa prosedur yang perlu buat dan sebagainya," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Iklan

Selain itu, Mohd Khuzzan berkata, pihak industri ada memberikan alat pengesan kualiti udara kepada sekolah angkat masing-masing.

"Sistem itu (alat pengesan) memang ada setiap sekolah, semalam hari ini dan seterusnya.

Iklan

"Seperti yang saya maklumkan, yang mana pihak industri ada bagi kepada sekolah sekolah angkat," katanya.