Cukai minuman bergula tak selari manifesto PH?

Iklan
Mohd Rezal (dua dari kiri) bersama Wan Fauzi (dua dari kanan) bergambar pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Perumahan Polis Sungai Durian.

KUALA KRAI - Langkah kerajaan mengenakan cukai minuman bergula mulai 1 Julai lalu merupakan tindakan tidak selari dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) ketika pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai, Mohd Rezzal Abedin, berkata, langkah ini bakal menambah beban rakyat yang kini sememangnya dihimpit peningkatan kos sara hidup semakin ketara.

Iklan
Iklan

"Alasan kerajaan cukai ini bakal mendidik rakyat mengurangkan pengambilan gula dalam minuman adalah sangat subjektif, dan tidak dijamin berjaya.

"Banyak lagi kaedah tidak membebankan rakyat dapat dilaksanakan seperti kempen kesihatan, ataupun mengawal pengilang supaya mengurangkan kandungan gula dalam setiap minuman yang dikilangkan," katanya kepada Sinar Harian selepas hadir Majlis Sambutan Aidilfitri di Perumahan Polis Sungai Durian.

Iklan

Turut hadir Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak dan ketua-ketua jabatan.

Beliau berkata, sebelum PRU14, Kerajaan PH begitu lantang mengatakan rakyat cukup terbeban dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan pelbagai cukai lain.

Iklan

"Lantas mereka berjanji untuk mengurangkan beban cukai rakyat, malangnya sekarang apa sudah jadi? Tepuk dada, tanya selera,"katanya.