Pelacur Vietnam paling ramai kena tahan di ibu negara

Iklan
Pelacur Vietnam paling ramai ditahan polis dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini diikuti Thailand dan China.

KUALA LUMPUR – Wanita Vietnam paling ramai ditahan dalam serbuan membanteras kegiatan persundalan di sekitar ibu negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dalam 653 serbuan, seramai 309 wanita Vietnam ditahan diikuti wanita Thailand (266) dan wanita China (213).

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepanjang tempoh operasi dijalankan, seramai 1,401 orang warganegara asing ditangkap dengan pecahan seramai 234 orang lelaki dan 1,167 orang perempuan.

"Polis Kuala Lumpur turut membuat sebanyak 569 tangkapan ke atas warga tempatan terdiri daripada 242 orang wanita yang terlibat dengan kegiatan pelacuran dan 327 orang lelaki yang merupakan penjaga premis yang menjalankan kegiatan pelacuran sepanjang Januari hingga Jun 2019,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Mazlan berkata, sebanyak 420 kes sudah didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan dan selebihnya masih dalam siasatan atau sedang diteliti Timbalan Pendakwa Raya.

"Sebanyak 136 saman dikeluarkan terhadap premis yang tidak mempunyai lesen dan melanggar syarat pusat hiburan di bawah Seksyen 4(1) (b) Akta Hiburan.

Iklan

"Tindakan tegas di bawah Undang-Undang Pencegahan Jenayah sedia ada akan turut diambil terhadap individu yang didapati merupakan pemilik atau penganjur kegiatan pelacuran ini,” katanya.

Mazlan menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan kegiatan pelacuran kerana tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil terhadap penganjur, pekerja atau pelanggan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat bolehlah menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 9999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.