Turun had umur mengundi, Pemuda Pas letak dua syarat

Iklan

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas meletakkan dua syarat dalam persetujuan terhadap usul pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun yang akan dibentangkan di Parlimen hari ini.

Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin berkata, pembentangan Rang Undang-Undang itu perlu disertakan dengan usul pendaftaran secara automatik selain had umur kelayakan calon pilihan raya turut diturunkan kepada 18 tahun.

Iklan
Iklan

"Pertemuan saya bersama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman petang tadi (semalam) memberi ruang kepada saya untuk menyatakan pendirian Pemuda Pas berkenaan usul umur kelayakan mengundi diturunkan kepada 18 tahun.

"Pemuda Pas secara dasar bersetuju dengan usul dengan syarat ia disertakan juga dengan usul pendaftaran secara automatik serta usul kelayakan menjadi calon pilihan raya juga diturunkan kepada 18 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berkata, dua syarat tersebut adalah bagi memaksimumkan penglibatan anak muda dalam proses demokrasi dan pembinaan negara.

Khairil Nizam berkata, dalam usaha untuk memperkukuhkan kesepakatan anak muda Malaysia ke peringkat lebih tinggi, beliau turut menyatakan beberapa komitmen dan usaha bersama.

Iklan

Katanya, antara cadangan tersebut termasuklah penyatuan organisasi, badan atau persatuan anak muda tanpa mengira bangsa dan agama di atas satu platform.

"Kementerian Belia dan Sukan juga harus mengadakan pertemuan berkala secara bersama dalam usaha menyelesaikan isu anak muda.

"Tidak ketinggalan Gagasan Sejahtera, pembangkang dan Armada juga perlu memperkukuhkan kerjasama politik bersama bagi meningkat kesedaran politik anak muda,” katanya.