LONDON - Bayi bertuah, Ainul Mardhiah Ahmad Saifuddin semakin cergas dan sudah pandai menunjukkan reaksi apabila tidak mahu tidur.
Dalam rakaman video berdurasi 49 saat yang dikongsi bapanya, Ahmad Saifuddin Ahmad Razak, 24 di laman Facebooknya kira-kira 12 jam lepas memperlihatkan bayinya itu sedang menggosok mata kerana berasa mengantuk dan jika lampu biliknya ditutup sementara Ainul masih belum mahu tidur dia akan menggelengkan kepalanya.
"Assalamualaikum. Apa khabar semua?
"Alhamdulillah, hari demi hari kesihatan Ainul bertambah baik dan dia pun semakin cergas.
"Sekarang ni ainul dah pandai gosok mata kalau dia mengantuk. Kalau tutup lampu bilik bila dia belum nak tidur, ainul akan geleng2kan kepalanya maksudnya dia tak mahu tidur lagi.
"Semoga membesar dengan baik, mama dan walid akan sentiasa menjaga amanah ALLAH ini sehingga nafas kami yang terakhir!,” tulis Ahmad Saifuddin di ruangan kapsyen.
Perkongsian berkenaan telah menarik minat warganet untuk meninggalkan komen di ruangan Facebook Ahmad Saifuddin. Rata-rata mereka berasa senang hati melihat tahap pekembangan kesihatan Ainul Mardhiah yang semakin positif.
"Potong kuku dia tau. Nanti dia cakar muka dia. Heheh. Cepat sembuh sepenuhnya Ainul sayang,” tulis Ohzila Lova.
"Alhamdulillah dengan perkembangan Ainul semoga diberi kesihatan lebih baik dan membesar dengan sihat,Aaminn...,” tulis Zety Zakaria.
"Alhamdulillah semakin sihat Ainul..semoga Ainul diberikan kesihatan yang baik dan cepat sembuh..Aamiin..Aunty sayang Ainul,” tulis Lieza Normie.
ARTIKEL BERKAITAN: Cerianya Ainul 'berbual' dengan ibu
ARTIKEL BERKAITAN: Video bapa dodoi Ainul buat ramai bergenang air mata
ARTIKEL BERKAITAN: Dr Amalina sebak kejayaan pembedahan Ainul