Saharul Ridzwan teringin anak perempuan

Iklan

PELAKON, Saharul Ridzwan, 30, memberitahu dia sudah bersedia untuk menimang anak kedua kerana cahaya mata pertama, Muhammad Luth Ali kini sudah berusia dua tahun.

Menurutnya, dia dan isteri Qaabila Deena Emir yang berkahwin pada 16 September 2016 itu, selepas dikurniakan zuriat lelaki, mereka mahukan anak perempuan.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH... kami memang ada merancang. Lagi pun Ali dah besar, dah dua tahun. Cum belum ada rezeki lagi.

"Doakan lah untuk kami semoga dikurniakan anak perempuan pula. Saya memang teringin,” ujarnya tersenyum.

Iklan

Saharul ditemui pada sidang media pra-pelancaran Filem Coast Guard di Rouge Club, Hotel Red Kuala Lumpur, semalam.

Mengenai perkembangan kerjaya lakonan, Saharul teruja untuk menyarung seragam maritim sekali gus menjadikan pembabitannya itu filem yang pertama.

Iklan

"Saya memang selalu mengidamkan untuk berlakon filem. Selama ini masa sahaja yang tidak kena dengan jadual penggambaran drama saya.

"Pada kali ini saya teruja dan rasa tak sabar nak mulakan penggambaran selepas sudah menempuhi latihan sebenar anggota maritim di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan Pahang, Jun lalu,” ujarnya bersemangat.

Dalam pada itu, kata Saharul lagi, penampilan di layar perak itu juga secara tidak langsung memperlihatkan sisi lain karakternya yang sinonim dengan drama romantik.

"Selalu saya bawa watak klise jadi pelakon romantik, pada kali ini saya akan bawa watak yang memang berbeza sebagai anggota maritim, Leftenan Hafiz,” katanya.

Selain Saharul selaku watak utama, antara barisan pelakon lain terdiri daripada, Julia Farhana Marin, Iman Zulkarnain, Mustaqim Mohamed, dan ramai lagi.