SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menamakan Jalan Semangat di Petaling Jaya kepada Jalan Profesor Khoo Kay Kim yang meninggal dunia pada 28 Mei lalu.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, ia sebagai mengenang segala jasa dan bakti tokoh sejarawan negara selepas merupakan individu penting merangka Rukun Negara dalam usaha mengembalikan keharmonian negara selepas peristiwa 13 Mei 1969.