Tak sempat 'rai' hasil samun

Iklan
Aidi Sham Mohamed (tengah) menunjukan penukul ais yang digunakan suspek untuk menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam pada sidang media di IPD Port Dickson.

PORT DICKSON - Tidak sampai sehari menyamun, seorang lelaki ditahan polis selepas satu jam melakukan jenayah tersebut di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Batu 5, Jalan Pantai, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, suspek berusia 31 tahun melakukan jenayah itu lebih kurang jam 7 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, terdapat seorang mangsa dilokasi berusia 17 tahun iaitu merupakan pekerja kedai itu yang mana suspek bertindak mengetuk meja kaunter dengan penukul ais menyebabkan mangsa ketakutan lalu melarikan ke dalam stor kedai.

"Suspek kemudiannya mengambil pelbagai jenis rokok, makanan dan minuman yang bernilai RM984.

Iklan

"Bagaimanapun, pada jam 8.15 pagi hari yang sama, suspek di tangkap oleh polis peronda di kawasan tersebut berhampiran sebuah bank dipercayai dalam keadaan khayal," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson petang semalam.

Aidi Sham berkata, suspek juga didapati positif methamphetamine seterusnya direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 9 Julai ini ketika di bawa ke Mahkamah Majisterat Port Dickson untuk siasatan lanjut.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman 14 tahun penjara dan sebatan jika sabit kesalahan," katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan, tiga lelaki berusia 19 hingga 29 tahun ditahan bersabit kes samun pemandu lori berusia 21 tahun bersenjatakan pisau di Kampung Kuala Lukut pada 28 Jun lalu.

"Dalam kejadian jam 4.30 petang di Balai Raya Kampung Kuala Lukut, suspek menyamun mangsa dengan mengambil wang tunai RM1,300 milik mangsa dan RM1,000 milik syarikat, telefon bimbit dan barangan peribadi mangsa. Mangsa mengalami kerugian anggaran RM3,000," katanya.

Aidi Sham berkata, bertindak atas maklumat, pada hari yang sama, polis menahan seorang suspek berusia 22 tahun di Jalan Lama Port Dickson.

"Berdasarkan hasil soal siasat selama tiga hari, suspek mengaku merancang jenayah tersebut bersama dua lagi rakannya dua lagi rakannya.

"Susulan itu, dua rakan suspek berusia 29 dan 19 tahun berjaya di tahan di dua lokasi berasingan di Batu 6, Jalan Seremban - Port Dickson dan Taman Indah Jaya, Port Dickson pada 1 Julai lalu pada jam 4.30 dan 5 petang.

"Kes ini dianggap selesai dan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda serta sebatan jika sabit kesalahan," katanya.