Anak tiri Najib ditahan SPRM, akan didakwa esok

Iklan

SHAH ALAM - Anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya mengesahkan penangkapan tersebut dilakukan pada jam 12 tengah hari tadi.

Iklan
Iklan

Katanya, Riza Aziz bagaimanapun telah dibebaskan dengan ikat jamin dan diarahkan untuk hadir ke mahkamah esok untuk berdepan dengan satu pendakwaan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram.

"Hanya Riza Aziz ditahan dan sudah dibebaskan dengan ikat jamin.

Iklan

"Beliau dikehendaki hadir ke mahkamah esok untuk pertuduhan,” kata Latheefa kepada Sinar Harian tadi.

Dalam pada itu, sebuah portal mendakwa seorang perunding politik, Datuk Habibul Rahman Kadir Shah juga dijangka berdepan dengan dakwaan dana RM2.5 juta yang diterima daripada Najib untuk risikan politik.

Iklan