Pendaftaran mengundi perlu dibuat secara automatik

Iklan
Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyokong cadangan had umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun asalkan pendaftaran mengundi dibuat secara automatik.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, jika Kerajaan Persekutuan sekadar menurunkan had umur namun tiada usaha mendaftar mengundi automatik dilakukan maka masalah sama akan berlaku.

Iklan
Iklan

"Akan berlaku isu lebih ramai belia tidak mendaftar sebagai pengundi. Pas pernah mengutarakan cadangan ini pada kerajaan BN sebelum ini namun tidak dipersetujui.

"Ahli Pas buka pendaftaran keahlian pada usia bermula akil baligh maka tidak salah jika Kerajaan bersetuju usia 18 dimasukkan secara automatik sebagai pengundi berdaftar.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Perasmian Taman Memorial Keamanan Kota Bharu di Taman Al-Fursan Pengkalan Chepa sempena Hari Peringatan 20 tahun Hubungan Kota Bharu Dengan Kasaoka, Jepun hari ini.

Hadir sama Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim dan Exco Kerajaan Tempatan Perumahan Kesihatan, Dr Izani Husin.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Pindaan turun had umur mengundi dibentang hari ini