DBKL keluar 15 kompaun kesalahan kenderaan berat

Iklan
Pemeriksaan oleh Pasukan Peronda Kebersihan dan Warden Trafik dan JPK dalam Ops Bersih diadakan semalam.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan Ops Bersih Siri 19/2019 khusus bagi pemeriksaan ke atas kenderaan berat semalam.

Sumber dari Unit Media DBKL dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 15 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi dijalankan di Jalan Kuching dan Jalan Besi.

Iklan
Iklan
Lori yang membawa muatan simen turut ditahan.

Menurutnya, antara kesalahan dikesan termasuk menyebabkan kekotoran atas jalan awam, tiada permit laluan dan angkut bahan serta lain-lain.

"Tindakan dilakukan di bawah kesalahan Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 serta mengikut bidang kuasa yang dikuatkuasakan oleh DBKL.

Iklan
Pemeriksaan oleh Pasukan Peronda Kebersihan dan Warden Trafik dan JPK dalam Ops Bersih diadakan semalam.

"Mana-mana individu yang disabit di bawah kesalahan ini boleh didenda tidak melebihi RM500 atau RM2,000," katanya.

Katanya, operasi di bawah Pasukan Peronda Kebersihan dan Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan (JPK) itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memberi keselasaan kepada warga kota.

Iklan