Kerajaan tidak eksport daging babi

Iklan
Tze Tzin (dua dari kanan) mencuba produk dihasilkan Jabatan Perikanan ketika melawat ruang pameran agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

KUALA KANGSAR - Kerajaan mengambil langkah untuk tidak mengeksport daging babi ke mana-mana negara berikutan wabak selsema babi Afrika.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, keputusan tersebut dibuat bagi memastikan bekalan daging babi untuk pasaran tempatan mencukupi.

Iklan
Iklan

"Beberapa negara di Asia Tenggara seperti Vietnam, Laos dan Kemboja berdepan dengan wabak ini dan Malaysia sedang mengawal daripada ia masuk ke negara ini.

"Kita sedang memperketatkan kawalan pintu masuk ke negara ini bagi memastikan penyakit ini tidak terlepas masuk," katanya sebagai mengulas mengenai penularan wabak selsema babi Afrika yang menyerang ternakan itu di beberapa negara di Asia Tenggara.

Iklan
Tze Tzin menyempurnakan gimik perasmian Hari Bertemu Pelanggan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Perak 2019 di Duriotourism Mardi Kuala Kangsar hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Bertemu Pelanggan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Perak 2019 di Duriotourism MARDI Kuala Kangsar di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari; Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor; Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Ahmad Munir Ishak dan Pengarah Mardi Perak, Daud Endam.

Iklan

Menurutnya, bekalan tersebut masuk, kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan lebih besar kerana wabak ini membunuh kesemua ternakan babi yang ada

"Kementerian telah meningkatkan keselamatan di peringkat ladang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan kawasan sempadan bagi mengelak wabak ini masuk," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan kerajaan negeri untuk meminta penternak babi bertukar ke ladang babi moden yang beroperasi secara tertutup.