Dikunjungi peminat OKU, buat Aliff Syukri terharu

Iklan
Foto Instagram Datuk Aliff Syukri

USAHAWAN kosmetik dan juga kini pelakon dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman terkejut apabila didatangi seorang pemuda kelainan upaya (OKU) ke kediamannya baru-baru ini.

Aliff berkata, pemuda itu datang dari Johor semata-mata untuk bertemu dengannya selaku peminat setia.

Iklan
Iklan

Namun yang lebih terharu apabila pemuda itu turut meminta bantuan Aliff memberikannya peluang pekerjaan.

"Hari ini secara tiba-tiba seorang lelaki datang ke rumah saya dan dibawa oleh pengawal keselamatan, saya ingat perompak.

Iklan

"Dia cakap dia nak jumpa saya. Saya terkejut apabila dia datang tiba-tiba dengan bawa plastik gambar saya.

"Dan dengan gaya yang normal dia nampak begitu segak dan juga 'handsome' tak sangka dia OKU.

Iklan

"Dia begitu teruja dapat berjumpa dengan saya. Ini lah kali pertama saya menghadapi pengalaman seperti ini. Dia nak bekerja dengan saya.

"Dan dia peminat saya. Tapi, adakah patut saya mengambil dia sebagai seorang pekerja. Sedih, kasihan, 'confused' semua ada," tulis Aliff menerusi entri di Instagramnya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai respon positif daripada rakan selebriti dan netizen.

"Ambil dia datuk dan datin," rayu Ras Adiba Radzi.

"Kau baik lah! Aku dengki dengan kau! Sebab itu aku nak kaya! Aku boleh tolong orang. Aku doa moga ALLAH pelihara kau dunia akhirat. Yang orang nampak tak penting, yang penting apa yang ALLAH nampak," tambah Ozlynn.

"Datuk seri datin seri orang yang baik hati,semoga Datuk dimurahkan rezeki, amin," tulis zarinazainuddin.

Lebih mengharukan apabila keperibadian pemuda itu diakui oleh salah seorang bekas gurunya di sebuah sekolah pendidikan khas di Segamat, Johor, Roslan Awang atau @Chegu_lan.

"Dia memang anak yang baik, rajin dan menghormati orang. Datuk adalah idolanya, ke mana-mana dia pergi dia akan tunjukkan 'handfone' dia yang penuh dengan gambar datuk.

"Sebaik sahaja tamat persekolahan pendidikan khas dia melakukan pelbagai kerja seperti operator, kerja di kedai makan dan macam-macam lagi," tambah pengguna terbabit.