PM ucap selamat tunai ibadah haji kepada jemaah Malaysia

Iklan
Para jemaah haji pada penerbangan kedua melakukan pemeriksaan keselamatan sebelum berangkat menunaikan haji 1440H di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada seluruh jemaah Malaysia yang berlepas ke Tanah Suci tahun ini.

"Saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada para tetamu Allah yang mengerjakan ibadah haji tahun ini.

Iklan
Iklan

"Semoga peroleh haji yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air,” kata beliau dalam catatan di akaun Twitter dan Facebooknya.

Kumpulan pertama 483 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pagi ini dengan penerbangan Malaysia Airlines.

Iklan
Iklan

Operasi haji tahun ini yang membabitkan 30,200 jemaah akan melibatkan 62 penerbangan dengan yang terakhir dijadual berlepas pada 4 Ogos. - Bernama