GENAP umur 24 tahun semalam, netizen doakan kesejahteraan bapa bayi kesayangan rakyat Malaysia, adik Ainul Mardhiah, iaitu Ahmad Safiuddin Ahmad Razak.
Ahmad Safiuddin berkongsi sekeping foto semasa ulang tahunnya pada tahun lepas di Facebook miliknya.
Sedia maklum, ketika ini mereka sekeluarga masih berada di London bagi rawatan adik Ainul di sana.
"Alhamdulillah dengan segala nikmat dan rezeki yang ada pada hari ini.
"Masih dapat berada di sisi anak dan isteri serta keluarga yang tercinta. Terima kasih yang mendoakan. Semoga doa doa baik itu ALLAH kembalikan semula kepada kalian sekeluarga. Amin!," tulisnya.
Perkongsian itu telah menarik netizen dan meninggalkan pelbagai komen serta mendoakan Ahmad Safiuddin, isteri, Nurul Erwani Zaidi, 24 dan juga adik Ainul.
"Selamat Hari Lahir! Semoga ‘hadiah’ kembali sembuhnya Ainul akan menjadi hadiah paling bermakna," tulis Jyu Bei.
"Selamat Ulangtahun, adik. Semoga kamu tetap tabah bersama isteri dan Ainul yang tercinta.
Semoga ALLAH permudahkan setiap urusan," tulis Deanna Chee.
"Selamat hari ulangtahun adik Ahmad Safiuddin semoga ALLAH memberikan sebesar ganjaran kerana menjadi ayah yang banyak berkorban untuk anakanda tercinta," tulis Niki Firdaus Solahuddin.
"Selamat Hari Lahir. Semoga kedua ibu bapa Ainul sentiasa di bawah Lindungan Yang Maha Esa dan dipermudahkan segala urusan. Amin," tulis Zahriah Mohd Shariff.
"Hebatnya kedua orang tua adik Ainul sayang ini... Insan yang sangat kuat kedua ibu bapa Ainul sayang... Bertuah sangat Ainul dapat ibu dan ayah seperti ini. Sejujurnya umur saya 24 pun, Saya tidak sekuat ibu ayah Ainul...
"Selamat hari lahir, moga ibu dan ayah di murahkan rezeki, kuat segala tempuh dugaan yang ALLAH beri... Moga panjang umur dan di permudahkan segala urusan setiap hari dan Ainul sayang moga ALLAH sentiasa beri Ainul kesihatan yang baik dan sempurna setiap hari. Amin, amin amin ya Rabbal Alamin," tulis Batrisya Qaleesya.