Drama Melayu bila nak berubah?

Iklan

PENAT rasanya minda bila menonton drama-drama Melayu pada zaman Malaysia baharu dan serba moden ini.

Maaf cakap, kebanyakan idea ceritanya pusing ikut mana sekali pun masih dihanyutkan dengan kisah-kisah sama dan stereotaip. Memang tak dinafikan ada yang berkualiti tetapi boleh dikira dengan jari.

Iklan
Iklan

Selalu sangat kita ditayangkan dengan kisah ibu mertua tak suka menantu, anak-anak kena kahwin paksa, suami dayus, isteri ada skandal, ustaz dan wanita bertudung jahat. Pendek kata hampir kesemuanya negatif.

Itu belum lagi dikira sakit telinga kita mendengar pelakon-pelakon wanitanya yang gemar terjerit-jerit bila bergaduh.

Persoalannya, ini sajakah kisah-kisah dalam kain masyarakat Melayu yang boleh disajikan? Itu sajakah cerminan kisah orang Melayu drama Malaysia?

Iklan

Ya, mungkin itu cara stesen TV nak naikkan rating. Mungkin itu cerita yang penonton nak tengok.

Tetapi sampai bila generasi muda mahu terus dimomokkan dengan cerita-cerita sebegitu rupa.

Teringat pula dialog dalam filem Seniman Bujang Lapok,"Berlakon filem pun berlakon la, apa pulak pasal belacan sampai nak memancung-mancung".

Sedar atau tidak, cerita dulu-dulu kualitinya sangat berbeza, dalam ketawa terselit pengajaran.

Iklan

Percaya atau tidak, sembilan daripada 10 penonton mengaku mereka sukakan drama Korea.

Mereka bukan sahaja terpesona dengan wajah hero dan heroinnya, tetapi sukakan jalan cerita dan lenggok bahasa badan pelakonnya.

Tapi, Merak Jalanan nak syorkan, cubalah sesekali anda layan cerita Tamil. Anda akan tahu kepuasannya apabila menonton Theri, Mersal, Jilla, Papanasam atau Anjaan. Kenapa?

Mereka bukan sahaja berani dedahkan sikap Perdana Menteri, menteri, polis, doktor yang korup tetapi mereka juga banyak paparkan mesej kekeluargaan yang disampaikan dengan ide dan cerita yang berbeza, unik dan tidak stereotaip! Tak percaya, cuba tonton Amma Kanakku.

Kembali kepada tajuk, bila agaknya idea-idea seperti Abang, Tsu Feh Sofiah...akan muncul semula di kaca TV kita!