KANGAR - Umat Islam dinasihatkan tidak memelihara kucing di rumah sekiranya hobi itu boleh menimbulkan masalah dalam keluarga dan hidup berjiran.
Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pemilik kucing harus menjaga haiwan peliharaan mereka dengan terurus dan jangan membiarkan kucing itu bebas keluar ke rumah jiran dan membuang najis di situ sehingga menyusahkan jiran tetangga.