Pendidik mahu kerajaan Johor ambil serius isu pencemaran udara

Iklan
Normala Sudirman

KLUANG - Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) menggesa kerajaan Johor mengambil perhatian serius terhadap kejadian berulang akibat pencemaran udara di Pasir Gudang.

Presidennya, Normala Sudirman berkata, kejadian yang melibatkan pelajar sekolah dan warga pendidik itu amat membimbangkan dan menimbulkan ketakutan berikutan ia masih belum dapat diselesaikan kerajaan sehingga kini.

Iklan
Iklan

"Situasi yang berlaku ini menimbulkan keresahan, kebimbangan dan ketakutan terutamanya kepada para pelajar yang pastinya menghadapi trauma berpanjangan akibat tragedi kali kedua selepas tragedi Sungai Kim-Kim kira-kira tiga bulan lalu.

"Pendidik juga menggesa pihak berwajib mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menangani situasi yang berlaku ini kerana kita tidak mahu daerah Pasir Gudang menjadi semakin tidak selamat untuk diduduki," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Menurutnya, arahan Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan, Mohd Khuzzan Abu Bakar supaya pihak berwajib ke 111 sekolah di Pasir Gudang yang terjejas dengan insiden gangguan kesihatan untuk mengajar guru membaca kualiti udara dilihat hanya menambah beban kerja guru sedia ada.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru diajar baca kualiti udara

Iklan

"Warga pendidik juga sudah terbeban dengan beban tugas di luar daripada silibus pembelajaran mereka dan berpendapat tidak sewajarnya guru-guru di sekolah terlibat dibebankan dengan tugasan berkenaan.

"Bebanan tugas berlebihan juga bukan sahaja mengganggu tugas hakiki sebagai pendidik, malah menyebabkan sesetengah guru hidup dalam tekanan kerja selain terlibat dengan kegiatan kokurikulum serta mengikuti pelbagai jenis kursus," katanya.

Normala berkata, implikasinya, golongan pendidik mungkin tidak dapat memberikan sepenuh komitmen kepada kualiti serta proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

"Satu alternatif lain perlu difikirkan oleh pihak yang terlibat tanpa melibatkan guru-guru," katanya.

Kelmarin, Mohd Khuzzan dilaporkan mengarahkan pihak yang berwajib ke sekolah untuk mengajar guru-guru membaca kualiti udara di setiap sekolah bermula semalam.

ARTIKEL BERKAITAN:111 sekolah di Pasir Gudang terima alat pengesan gas