Kecelaruan sistem pendidikan, padah kian menimpa

Iklan
Putrajaya

KITA memandang ke Timur buat kali kedua. Tumpuan Dasar Pandang Ke Timur 2.0 sekali lagi terarah kepada Jepun. Jepun membina tamadunnya menerusi reformasi pendidikan (educational reform).

Begitu juga dengan Norway. Negara ini keluar dari belenggu kemiskinan dengan menekankan kepentingan pendidikan dan latihan kemahiran.

Iklan
Iklan

Malaysia pula membiarkan pendidikan menjadi produk komersil kepentingan sesetengah pihak, tanpa memikirkan padah yang bakal menimpanya.

Di Malaysia, pendidikan adalah arena bagi semua pihak menjalankan eksperimen tanpa perancangan. Pelajar menjadi bahan ujinya.

Iklan

Penyata demi penyata, sejak zaman pra-merdeka disediakan, akhirnya yang dilaksanakan hanyalah apa yang Menteri pendidikan mimpikan malam sebelumnya.

Sejak dulu hingga kini, eksperimen pendidikan sudah menjadi mainan pemimpin politik.

Iklan

Sepintas lalu, cuba kita teliti beberapa Penyata pendidikan yang kita sudah hasilkan, sejak Penyata Razak 1956.

Hari ini apa yang berlaku, pembukaan taman asuhan dan pra-sekolah tumbuh merata-rata mengikut selera pihak yang menubuhkannya sebagai satu aktiviti ekonomi, tanpa kawalan.

Diperingkat sekolah rendah, selain penubuhan sekolah-sekolah vernakluar yang kian hilang kawalan, pertumbuhan sekolah tahfiz swasta juga menjadi tarikan. Tiada siapa peduli.

Tak cukup dengan keparahan itu, dalam Model Baru Ekonomi yang dilancarkan pada 30 mac 2010, mencelarukan lagi sistem pendidikan yang terlalu keruh itu.

Atas nama kepentingan ekonomi dipacu swasta, lesen pembukaan sekolah antarabangsa sewenang-wenangnya diberikan.

Anak cucu menteri yang mula-mula sekali memenuhi kerusi di sekolah-sekolah ini. Di luar datuk dan ayah mereka melaung-laung memperjuangkan dasar pendidikan kebangsaan, di rumah lain lakonan mereka.

Di luar kami didesak untuk halang pengiktirafan UEC, di belakang kami tangan-tangan yang sama memberikan pengiktirafan kepada UEC. Ini bukan cerita baru, ini cerita dari satu kerajaan kepada satu kerajaan.

Tiba di peringkat universiti pula lain pulak ceritanya. Pelajar disaran bila keluar nanti untuk memikirkan bagaimana menjadi usahawan.

Yang mengajar ilmu keusahawanan ialah para profesor yang tidak pernah sesaat pun menjadi usahawan. Professor yang sama juga tidak ada langsung pendedahan kepada dunia perniagaan dan perindustrian d luar sana.

Majoriti tenaga pengajar ini tiada pertalian atau apa saja bentuk kerjasama dengan industry. Masakan mereka mampu bawa dan dedahkan pelajar bimbingan mereka dengan dunia keusahawanan.

Dengan sektor swasta dikuasai bukan Melayu, tekanan semakin memuncak terhadap kebolehpasaran graduan Melayu.

Dulu kononnya kebolehpasaran amat rendah dikalangan graduan Melayu kerana mereka lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris, maka dilaksanakanlah Program Pendidikian Sains & Matematik Dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Tujuh tahun kemudian baru disedari program itu menghasilkan malapaetaka berganda (double jeopardy) kepada pelajar Melayu yang lemah dalam subjek Sains dan Matematik adalah juga mereka yang lemah dalam Bahasa Inggeris.

Kini bila kerajaan cuba utamakan Program STEM baru mereka sedari pelajar yang minat dan layak, terutama dikalangan pelajar Melayu, tidak ramai.

Pun kerajaan gagal memahami punca sebenar kegagalan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Melayu terutamanya.

Atas nasihat pakar ekonominya, dilaksanakan pula Dual-Language Program (DLP) dan High-Immersion Program, bagi menggantikan PPSMI.

Kedua-dua program dilaksanakan atas paksaana dan tanpa sebarang kajian mendalam mengenainya.

Kini khabarnya Program DLP akan diganti dengan penubuhn semula sistem pendidikan aliran Inggeris sepenuhnya.

Jika diteliti dan diperhalusi, kesemua kecelaruan dalam melaksanakan pelbagai program tanpa kajian itu hanya berpunca kepada satu permasaalahan, iaitu kelemahan penguasaan subjek Bahasa Inggeris terutama dalam kalangan pelajar Melayu.

Pada hemat saya, kita tak sudah-sudah menjalankan eksperimen kepada sistem pendidikan bagi menyelesaikan satu isu yang terlalu yang terlalu basik, sehinggakan kita terlepas pandang kepada agenda pendidikan yang jauh lebih penting.

Di Singapura misalnya mereka sudah jadikan sekolah sebagai arena mengasah bakat dan membina keperibadian, bukan lagi sekolah sebagai tempat untuk mengajar subjek 3M.

Kita masih bergelut dengan isu bahasa penghantar apa yang nak diutamakan, kita masih bergelut cuba menghalang pengiktirafan Bahasa Mandarin sebagai kelayakan memohon kerja.

Kita masih lagi berlumba dengan Jabatan Bomba memadam api sekolah tahfiz yang sering terbakar kerana pembinaan sekolah-sekolah tak mengikut piawaian yang ditetapkan.

Kita terus meminggirkan system pendidikan di Sekolah Kebangsaan kerana ia tidak lagi menjadi sekolah pilihan.

Akhirnya dek keletihan dengan terlalu banyak angin perubahan ini apa yang mampau difikirkan oleh Menteri Pendidikan hanyalah menukar warna kasut dan stokin.

Dalam kesibukan institusi pendidikan memenuhi kehendak agenda ekonomi, kementerian terlepas pandang peranan pendidikan dalam memupuk integrasi nasional.

Samada kita semua sedari dan terima hakikat ini atau tidak, tahap toleransi antara kaum dan agama di Negara ini sudah kian merudum. Randau yang MPM anjurkan pada 12 Disember lepas yang membariskan tiga tokoh yang arif dengan gejala polarisasi kaum dan agama ini menyatakan ianya amat membimbangkan.

Ia kini sudah menjadi bom jangka yang tiada siapa tahu bila akan meletup dan tiada siapa dapat mengawalnya.

Kekecohan di kuil Sri Mariaman USJ dan tabiat buruk seorang menteri yang berbohong di luar negara, adalah manifestasi kepada padah yang sedang menanti.

Dengan pemergian wira Negara, seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat, arwah Muhammad Adib Mohd Kassim yang menjadi mangsa kekecohan di kuil berkenaan, mencetus konflik perkauman.

Yang sedihnya pemergian arwah tidak sedikit pun mencuit rasa bersalah kaum yang merusuh itu.

Malah mereka kini merasakan mereka adalah kaum istimewa di Malaysia. Sepertimana yang diperkatakan oleh salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Bumiputera pula yang dipersalahkan.

Keceluparan itu mengguris hati kaum majoriti ini yang kini merasakan mereka kian tersisih dan diperleceh, kononnya sebagai bangsa pendatang, bangsa yang pemalas dan sebagainya.

Pemimpin sering bercakap bagaimana nak bersaing dipersada global dengan kerancakan dan perlumbaan mengejar kemajuan teknologi 4.0 dan sebagainya.

Adakah pemimpin sedar, di bawah sana rakyat sedang bergelut untuk memahami apakah yang kerajaan sebenar hendak buat untuk menentukan masa depan Negara ini.

Adakah sistem pendidikan kita direncanakan untuk lahirkan insan-insan menjadi hamba ekonomi, seperti yang pernah dialami Jepun sebelum era 1980an?

Adakah sistem pendidikan akan gagal dalam peranannya memupuk integrasi nasional masyarakat yang kian polarised ini? Adakah sistem pendidikan akan menjadikan agama Islam terus berlabelkan tahfiz sebagai pusat kebangkitan gerakan militan?

Apa lagi yang hendak dipolitikkan oleh pemimpin yang rakyat sudah kian rimas menjadi mangsanya? Orang lain mentertawakan kita, kita mentertawakan diri sendiri dengan sistem pendidikan yang flip-flop.

Bila ditegur kita menjadi terlalu emotional, lantas kita berparang sesama sendiri, kerana Rukun Negara telah diketepikan. Kita ketiadaan satu pedoman nasional untuk semua rakyat sepakat membina integrasi nasional acuan kita sendiri, sepertimana Indonesia dengan pancasilanya.

Datuk Dr Hasan Mad, Setiausaha Agung MPM