Pemandu lori maut dua kelindan parah

Iklan

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 20.9 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa Mohd Fuad Sairan, 26, maut di lokasi kejadian manakala dua kelindannya Mohd Akhbar Shah Indra Mohd Hilmi,25, dan Mohamad Norizam Amin,34, parah. Ketiga-tiga mereka berasal dari Parit Raja, Johor.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, hasil siasatan awal mendapati lori yang dipandu mangsa dari Batu Pahat, Johor melalui Lebuh raya tersebut.

Menurutnya, setiba sahaja di tempat kejadian dipercayai mangsa dikatakan telah melanggar belakang sebuah lagi lori di hadapannya.

Iklan

"Akibat daripada perlanggaran tersebut, mangsa telah disahkan maut di tempat kejadian manakala dua lagi pembantunya mengalami cedera parah sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun, pemandu sebuah lagi lori berusia 34 tahun tidak mengalami apa-apa kecederaan yang serius. Mayat dibawa ke hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Mohd. Zani berkata, hasil semakan mendapati lokasi kemalangan mempunyai lima lorong jalan dan keadaan jalan juga kering.

"Siasatan lanjut masih dijalankan selain proses mengesan waris mangsa masih giat dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.