Tiga motosikal kembara baharu BMW

Iklan
BERKEUPAYAAN membuat penunggangan dan penjelajahan yang lasak.

Jentera lebih lasak, sinonim dengan jiwa seorang pengembara

GIGIH membawakan penambahan baharu dalam portfolio motosikal premium yang dimiliki olehnya, BMW Motorrad Malaysia melancarkan tiga model kembara baharunya baru-baru ini.

Model bagi pasaran Malaysia itu ialah F 850 GS Adventure, R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure.

Iklan
Iklan


BMW F 850 GS Adventure

Jentera berkenaan menjanjikan keupayaan untuk membuat penunggangan dan penjelajahan yang lasak. Lebih tepat, ia sebuah motosikal yang sinonim dengan jiwa pengembara.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, BMW Motorrad telah meletakkan tanda aras yang baharu bagi motosikal-motosikal premium berkenaan.

Iklan

"Pelancaran siri jentera BMW Motorrad F Series dan BMW Motorrad R Series itu benar-benar menjadikan Make Life A Ride buat semua pemilik motosikal kami,” katanya ketika majlis pelancaran BMW Motorrad Night Fuel di ibu negara baru-baru ini.

F 850 GS Adventure

Melihat kepada F 850 GS Adventure, ia ialah versi tertinggi bagi siri F 850 GS. F 850 GS Adventure masih menggunakan enjin unit dua silinder berkapasiti 853 cc bersama transmisi enam kelajuan dengan klac anti-hopping. Jentera itu mampu menghasilkan sebanyak 95 kuasa kuda (hp) pada 8,250 takometer (rpm) dan 92 Newton meter (Nm) tork pada 6,250 rpm.

Iklan


BMW F 850 GS Adventure

Jentera dengan saiz cc sederhana berkenaan juga hadir dengan cabang teleskopik disertakan lengan ayun dwisisi aluminium dan sangga spring berpusat. Secara tidak langsung, ia menawarkan maklum balas yang lebih sensitif di atas jalan.

Kehadiran pelindung enjin dinaik taraf dengan fairing hingga ke bawah, pengadang angin boleh laras, tempat duduk bertekstur, pemijak kaki lebih lebar dan pedal brek boleh lipat.



BMW F 850 GS Adventure dapat memuatkan kapasiti bahan api berjumlah 23 liter yang boleh digunakan untuk tunggangan dalam jarak melebihi 550 km.

Kedudukan pacuan sekunder di kiri, sistem ekzos BMW F 850 GS Adventure kini dialihkan ke bahagian kanan untuk mengoptimumkan keselesaan penunggang.

Selain panel meter TFT 6.5 inci, keterampilan kelengkapannya disudahkan pula dengan rim spoked 21 inci di hadapan dan 17 inci di belakang.

Dalam pada itu, ciri keselamatan roda dua mempunyai soket pengecas 12V, lampu utama LED dan tangki bahan api 23 liter itu pula dilengkapi dengan pilihan mod tunggangan Rain dan Road, brek ABS, Kawalan Kestabilan Automatik (ASC).

R 1250 GSR

1250 GS pula tampil dengan penggunaan enjin Boxer 1,254 cc canggih bersama BMW ShiftCam Technology. Pastinya, meningkatkan daya sasar enjin tersebut untuk menzahirkan tahap prestasi yang lebih baik.

Enjin baharu itu membawakan kadar emisi dan penggunaan bahan api yang lebih sempurna dan lengkap dengan profil bunyi yang memuaskan.



BMW R 1250 GS Adventure

R 1250 GS boleh menghasilkan kuasa sehingga 136 hp pada 7,750 rpm dan 143 Nm tork pada 6,250 rpm. Sebelum ini, model R 1200 GS menggunakan enjin 1,170 cc dan kuasanya cuma 125 hp dengan 125 Nm tork.Tidak sah ciri premium tanpa tawaran BMW Keyless Ride untuk R 1250 GS. Jadi, untuk melengkapinya, kelengkapan standard dengan dua mod tunggangan iaitu Rain dan Road, ASC, suspensi elektronik Dynamic ESA terbaharu, kawalan pelayaran dan panel instrumen TFT 6.5 inci sudah tersedia.

BMW R 1250 GS terbaharu ditawarkan dalam dua varian, HP (Style HP) dan Eksklusif (Style Exclusive).

R 1250 GS Adventure

Versi yang lebih tinggi bagi R 1250 GS ialah R 1250 GS Adventure. Tidak seperti model-model yang terdahulu, R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure memiliki sistem sensor injakan (knock sensor system) yang hadir dengan dua unit sensor.

Maka, bahan api dengan rating kurang daripada RON95 boleh digunakan dan amat bermanfaat untuk perjalanan jauh di kawasan-kawasan yang terpencil.



BMW R 1250 GS

Motosikal itu juga dilengkapi dengan kawalan enjin digital baharu, BMW-O. Ciri-ciri utamanya ialah injeksi berturutan penuh, tata atur yang kompak dan kurang berat.

Sebagai tawaran pilihan, Riding Modes Pro menampilkan mod tunggangan tambahan, Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC), ABS Pro, kawalan pendakian Hill Start Control Pro dan Bantuan Brek Dinamik (DBC).

DTC membolehkan pecutan yang lebih efisien dan selamat ketika membelok, sementara ABS Pro menawarkan tahap keselamatan pembrekan yang mantap.



BMW R 1250 GS

DBC pula membantu dalam situasi tunggangan mencabar dengan mengelakkan pengaktifan pemecutan yang dibuat tanpa sengaja oleh penunggang.

Kelengkapan tambahan iaitu pelindung enjin dan panel tepi, rak besi untuk kotak barangan belakang, tangki bahan api 30 liter (versi standard 20 liter), rim jenis spoked 19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang menambah lagi gaya.

Jarak gerak suspensi juga lebih tinggi iaitu 210 mm di hadapan dan 220 mm di belakang (versi standard 190 mm/200 mm).



ENJIN Boxer 1,254 cc bersama BMW ShiftCam Technology.

Sekiranya itu masih tidak mencukupi, pembeli boleh menambah pelbagai ciri elektronik lain seperti Riding Modes Pro, DTC, ABS Pro, Hill Start Control Pro, DBC dan sistem RDC dengan pemerhati tekanan angin tayar.

BMW R 1250 GS Adventure boleh didapati dalam varian Ice Grey dan HP (Style HP).