Fakhrul UNIC fikir positif, berhibur sambil berdakwah

Iklan
Penyanyi Nasyid, Fakhrul UNIC

SETIAP peluang dalam berdakwah digunakan sebaik-baiknya oleh penyanyi nasyid kumpulan UNIC, Fakhrul. Baginya, menyampaikan mesej yang boleh mendorong ke arah kebaikan dan sampai kepada semua lapisan masyakat, seseorang penyanyi nasyid itu perlu versatil.

Disebabkan itulah Mohd Fakhrul Radhi Khamaruddin atau lebih dikenali Fakhrul UNIC melangkah ke ruang dakwah baharu dengan menyertai program komedi Astro, Muzikal Lawak Superstar.

Iklan
Iklan

"Sekarang ini kalau dilihat, realiti budaya masyarakat kita suka dengan perkara-perkara yang santai dan lawak. Kata mereka, penceramah ataupun ustaz tak boleh terlalu serius apabila berdakwah.

"Maka secara peribadinya, saya berasakan platform komedi ini merupakan satu peluang dan ruang dakwah baharu untuk diterokai.

Iklan

"Soal boleh melawak atau tidak, saya akan belajar daripada para pelawak yang berpengalaman dalam cabang ini. Insya-ALLAH saya akan cuba,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Ditanya mengenai persediaan kecaman netizen apabila seorang pendakwah atau penyanyi nasyid menyertai program sebegitu, johan Pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah 2019 itu berkata, dia sudah bersedia.

Iklan

"Saya memang sudah bersedia sebelum masuk program ini. Mulut orang kita tak boleh nak tutup. Mereka tetap akan bercakap. Andai kata lawak saya tidak menjadi, yang penting dengar dan tengok dahulu pengisian mesej yang cuba disampaikan.

"Secara peribadinya ruang komedi ini sangat besar untuk kita semua bersama-sama berhibur sambil berdakwah. Malah, hari ini ada juga beberapa pelawak yang sudah mula berjinak dalam bidang dakwah.

"Itu yang kita mahu, industri berkembang dan tidak tepu dalam arena tersendiri. Kebaikannya kita dapat bertukar fikiran. Adapun mereka yang mahu menilai, itu terpulang kepada diri sendiri. Tetapi, kita tahu hala tuju dan apa yang kita lakukan,” jelasnya dengan tenang.

Fakhrul dalam kumpulan UNI ialah pelawak Fad Bocey dan Atu Zero.


Restu ibu

Dalam masa sama jejaka tinggi lampai berusia 32 tahun itu turut mendapatkan pandangan daripada ibunya dan rakan-rakan seperjuangan.

"Sebelum masuk saya ada bertanya dengan beberapa rakan industri tentang kebaikan dan keburukan menyertai bidang komedi ini. Kata mereka, ini adalah peluang yang baik untuk saya kembangkan karier.

"Selain mereka, saya ada juga bertanya dengan mak. Saya asalnya lahir dari sekolah agama kemudian masuk nasyid selepas itu jadi pengacara dan sekarang ini jadi pelawak. Alhamdulillah mak izinkan.

"Pandangan saya, sekalipun bergelar penyanyi nasyid namun buat perkara yang dilarang tetap matlamat tidak menghalalkan cara, asalkan kita tahu batasnya.

"Program muzikal ini pula terang dan jelasnya ia hanya berjenaka dan untuk menghiburkan penonton dengan memberikan mesej yang berguna,” katanya.

Selain Fakhrul dalam kumpulan UNI ialah pelawak Fad Bocey dan Atu Zero.