Kes rogol: Budak 12 tahun dilepas dengan jaminan

Iklan
Laporan Sinar Harian 2 Julai lalu.

BATU GAJAH - Murid lelaki berusia 12 tahun yang ditahan kerana disyaki merogol seorang kanak-kanak 4 tahun dibebaskan dengan jaminan polis, Rabu lalu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, skop siasatan kes berkenaan diperluas dengan mengambil kira semua aspek bagi memastikan keadilan dapat diberikan sepenuhnya kepada mangsa dan suspek.

Iklan
Iklan

"Siasatan masih dijalankan dan belum lengkap sepenuhnya. Sebelum kertas siasatan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya kita perlu pastikan tiada suspek atau mangsa lain terlibat dalam kes ini.

"Sekiranya cukup bukti dan keterangan polis akan mencadangkan diambil tindakan sama ada di bawah undang undang Kanun Keseksaan ataupun Akta Kanak-kanak 2001, bergantung suspek sebenar yang dikenal pasti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Iklan

Menurutnya, dalam kes berkenaan pihaknya menyedari undang-undang di bawah Seksyen 113 Akta Keterangan yang memperuntukkan anggapan budak lelaki di bawah usia 13 tahun tidak berupaya melakukan rogol.

Pada 2 Julai lalu, media melaporkan bahawa budak lelaki itu ditahan polis selepas ibu kanak-kanak perempuan berkenaan membuat laporan.

Iklan

Laporan itu menyebut, kejadian berlaku sebanyak tiga kali sejak Mei lalu dipercayai akibat terpengaruh dengan video lucah yang dilihat melalui telefon bimbit.

Kejadian hanya disedari selepas mangsa yang berusia 4 tahun mengadu sakit di bahagian kemaluan kepada ibunya sebelum dibawa untuk pemeriksaan.