Beranikah DAP keluar kerajaan?

Iklan
Idris Ahmad

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad mempersoalkan adakah DAP berani keluar daripada kerajaan memandangkan parti itu kini sudah berjaya ‘menawan’ Putrajaya.

Menurutnya, Pas sebelum ini pernah diugut DAP semasa mereka masih di dalam Barisan Alternatif (BA) supaya tidak kemukakan dokumen negara Islam.

Iklan
Iklan

"Pas bukan parti yang tidak ada prinsip untuk tunduk kepada kehendak DAP. DAP tidak berjaya cucuk hidung Pas.

"Pas bertegas, akhirnya DAP cabut lari daripada BA pada tahun 22 September 2001,” katanya dalam Facebook beliau, petang semalam.

Iklan

Tambah beliau, kini PH dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pula diugut, jika tidak mengikut aspirasi DAP maka parti tersebut akan keluar daripada PH.

"Rakyat ingat, hebat sangat menteri di kalangan DAP untuk memulih ekonomi dan meningkatkan harga getah dan kelapa sawit.

Iklan

"Sikap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang tidak profesional berhubung isu royalti di Kelantan.

"Persoalannya adakah Dap berani keluar daripada kerajaan? Bukan senang hendak dapat masuk Putrajaya. Bukan senang dapat akses maklumat kerajaan,” ujarnya.

Tegas beliau, rakyat kini sudah muak dan jelik apabila DAP bercakap tentang integriti dan ‘good governance’ kerana selama tujuh bulan mereka memerintah, rakyat sudah dapat melihat sikap mereka.

"Sekarang rakyat semakin kenal. Pas sudah lama kenal. Pas pernah berkawan dengan DAP.

"Pas berpisah kerana prinsip dan berkawan kerana prinsip, bukan kerana peribadi. Hendak tunduk kepada kehendak DAP, sorry lah ya,” tegas beliau.