WASHINGTON - [DIKEMASKINI] Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melakukan kesilapan besar apabila tersilap fakta semasa berucap di hadapan ribuan hadirin pada sambutan Hari Kemerdekaan 4 Julai di Washington DC.
Trump dengan angkuh mendakwa tentera AS berjaya menawan sebuah lapangan terbang daripada tentera Great Britain semasa Perang Revolusi Amerika atau Perang Kemerdekaan Amerika di Yorktown pada tahun 1781.
Iklan
Iklan
Dakwaan Trump itu ternyata menggembirakan pengkritiknya kerana kapal terbang hanya wujud 122 tahun kemudian selepas pasangan Wright bersaudara melakukan penerbangan sulung di Carolina Utara pada tahun 1903.
Insiden memalukan itu tular di Twitter sekali gus menjadikan Trump sebagai bahan jenaka.
Sebelum itu, beberapa media di Rusia turut menyindir sambutan mega Hari Kemerdekaan AS dengan menganggap ia sebagai cerita dongeng Trump.
Malah, keputusan Trump untuk menyertakan beberapa kereta kebal usang dalam sambutan itu ditertawakan barisan panel sebuah program televisyen Rusia.
Trump mendesak mahukan perarakan ketenteraan sempena sambutan Hari Kemerdekaan AS kerana mahu ia menjadi acara istimewa ketika eranya. - Agensi